Khamis, 31 Disember 2009

Salam Hijrah Salam Tahun Baru 2010



Baru semalam kita merasakan nikmat dan rahmat ujian 2009. Kini kita melangkah setapak ke waktu dan dimensi masa 2010 mendepani perjalanan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Syukur kehadrat Tuhan Yang Maha Esa atas segala limpahan rezeki seperti keajaiban yang tidak pernah putus untuk seisi alam semesta. Semoga hari-hari yang kita lalui akan datang menjadi satu titik tolak kemajuan dan lebih baik dari semalam. Setiap kekurangan yang kita telah usahakan perlu berani untuk kita tangani dengan pembaikpulihan, kerana di setiap sudut perkara pasti ada kesenangan yang sangat mendalam makna sebaliknya. Usah malu melakukan kebaikan tapi malulah melakukan keburukan. Semoga di permudahkan segala urusan kita bersama. Berzikirlah sepuas hati kerana dengan mengingati Allah swt yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang hati minda pasti tenang. Salam Hijrah Salam Tahun Baru 2010 =) jangan pernah lupa jagalah Alam Sekitar.

Baca seterusnya..

Jumaat, 27 November 2009

Salam Aidiladha Salam Istimewa



Di kesempatan ini kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha salam kemaafan salam sesuci erti pengorbanan yang mulia. Firman Allah SWT dalam surah al Kausar ayat 2 Maksudnya " Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan Berkorbanlah", membawa kita memahami erti kasih sayang dan ketaatan kepada Yang Maha Pencipta tentang pengorbanan yang sangat dituntut dalam islam. Semoga Allah SWT memberkati kita semua =) . - Ikhlaskan Hati sepenuh kasih -

Baca seterusnya..

Sabtu, 19 September 2009

Salam Aidilfitri Yang Mulia




Asslamualaikum semua...
Di kesempatan ini kami mengucapkan Selamat Menyambut
Satu Lebaran Hari Raya Aidilfitri Mulia =) Semoga Ramadhan lalu
Memberi kita selaut keampunan,rahmat dan kekuatan ibadah saham
dunia dan akhirat..salam ukhwah =)

Baca seterusnya..

Jumaat, 21 Ogos 2009

Salam Ramadhan



Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Al-baqarah : 183)

Baca seterusnya..

Khamis, 13 Ogos 2009

Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri ( Rabbani )


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Ketika berita ini saya bersama rakan di luar dewan kuliah utama akademi pengajian islam sangat terkejut, seluruh rakyat Malaysia mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah semoga beliau ditempatkan dikalangan pencinta agama Allah swt.

Baca seterusnya..

Khamis, 16 Julai 2009

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah




Apa sudah jadi? Imej yang ditampilkan seorang yang bergelar ustaz tercalar akibat terlalu mengikut perasaan dan kemarahan. Akhbar hari ini memaparkan kes seorang ustaz yang menampar muridnya atas sebab ejekan nama di sekolah.

Berita harian : Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian

SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.

Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.

Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah.

"Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak.


Baca seterusnya..

Sabtu, 11 Julai 2009

Cerita Dari Seorang Murabbi


Hari itu saya dan rakan memulakan sesi semester baru seperti lazimnya sebelum ini. Cuma apa yang berbeza adalah subjek yang kami ambil untuk semester baru ini. Pensyarah menyampaikan isi pelajaran dan segala ilmu yang sesuai sebagai pembuka selera pada hari sesi tersebut. Ketika saya dan rakan menikmati ilmu yang disalurkan. Saya terpikat pada satu cerita yang disampaikan yang membuka minda,inspirasi,mata dan hati tentang sikap sebagai seorang guru.

Ceritanya begini,ada seorang murid disekolah yang hari-hari datang lewat ke sekolah. Walaupun hakikatnya atau logiknya murid tersebut mampu datang awal disebabkan sesi persekolahannya adalah petang. Lewatnya bukan 5 atau 10 minit tetapi sehingga 1 jam ke 2 jam.Akibat hari-hari murid tersebut datang lewat ke sekolah maka guru disiplin menghukum murid itu dengan hukuman rotan . Murid tersebut menerima dengan pasrah dan hari-hari yang dilalui di awal persekolahanya adalah hukuman rotan yang menanti.

Pada suatu hari yang bahagia, murid tersebut bersedia untuk dirotan oleh guru disiplin disebabkan lewat datang sekolah. Seorang guru baru menegur guru disiplin tersebut dengan berkata ' hari-hari cikgu rotan sampai naik jemu orang tengok, cikgu pernah tanya kenapa dia lewat datang sekolah hari-hari tak? '. Guru disiplin pun berfikir sejenak, sambil berkata pada diri jahilnya saya sampaikan tidak terfikir untuk bertanyakan sebabnya.

Lalu dengan hati yang lapang penuh hikmah, guru disiplin bertanyakan pada murid tersebut sebab kelewatannya datang sekolah selama ini. Murid tersebut dengan nada saya menceritakan bahawa baju sekolahnya hanya ada satu sahaja yang dikongsikan bersama abangnya yang bersekolah pada sidang pagi. Hari-hari dia terpaksa menunggu abangnya pulang dari sekolah untuk memakai baju sekolah tersebut pada sidang petang. Disebabkan itulah dia selalu datang lewat kesekolah.

Disinilah bermulanya inspirasi penubuhan skim bantuan ekonomi islam kepada murid-murid dan pelajar miskin seluruh sekolah. Apa yang kita nampak disini ialah sikap kita sebagai seorang guru perlulah bertindak bijak dengan berfikir dahulu sebelum bertindak. Masalah yang timbul ada sebabnya dan melalui sebab itu kita fikirkan jalan penyelesaiannya untuk dilaksanakan sebagai bantuan kepada penyelesaian tersebut.

Begitulah cerita yang sangat memikat hati kami dari seorang guru sebenar guru ataupun murabbi yang berjiwa kemanusiaan dan rasional keimanan kepada Allah s.w.t. Teringat kata-kata beliau kita sebagai guru membantu selesaikan masalah murid bukan menambah masalah mereka. Semoga kita sama-sama mengambil hikmah di sebalik cerita ini.

Kelas pada waktu itu diakhiri dengan doa dalam hati =).

Baca seterusnya..

Jumaat, 10 Julai 2009

Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-Spin)




Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-Spin) dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap pendidikan Islam di Malaysia.Kongres bertemakan "Rejuvenasi Pendidikan Memartabatkan Insan" yang akan berlangsung di Auditorium Muzium Shah Alam, bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kongres sehari itu diadakan pada 11julai dan berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 6.30 petang.

Ia akan dibentangkan oleh beberapa tokoh pendidikan antaranya, Profesor Dr Sidek Baba daripada Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIA); Profesor Tajul Ariffin (UKM) dan Datuk Dr Siddiq Fadzil (Kolej Darul Hikmah).

Lima kertas kerja tersebut ialah:

bullet button Pensekularan Sistem Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi - Satu Kajian.

bullet button Pendidikan Berintegratifkan Asas Pendidikan Islami.

bullet button Pendidikan Islam dan Halatuju Pembangunan Ummah - Kajian Indonesia.

bullet buttonSistem Pendidikan Islam di Sekolah, Satu Penilaian.

bullet buttonHalatuju Sistem Pendidikan Islam di Sekolah sebagai Enjin Pembentukan dan Pembangunan Insan.

Kongres ini bakal membawa suatu dimensi baru kepada falsafah pendidikan islam itu sendiri agar lebih berkesan dan seimbang dalam dunia pendidikan masakini. Ianya sangat menarik dan perlu diambil perhatian bagi menjadikan negara kita sebagai negara hebat dengan ketamadunan ilmu pendidikan dunia akhirat.

Baca seterusnya..

Khamis, 9 Julai 2009

Selamat tinggal PPSMI?




Berita hangat semalam dan hari ini tentang pemansuhan PPSMI ( Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ) yang akan dihentikan pada tahun 2012 akan datang. Walaupun bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir mempertikai keputusan tersebut.

Jelasnya PPSMI membawa banyak kelemahan dalam sistem pendidikan. Kesan yang ketara ialah penguasaan Matematik dan sains murid-murid yang semakin bermasaalah serta sukar untuk dikuasai sepenuhnya.Guru-guru juga ada yang menjadi seperti tikus melihat besi.

Meskipun dasar ini ada kebaikannya namun apabila dilihat dari segi kesan dan perlkasanaan, kajian menunjukkan banyak masaalah yang timbul. Penurunan keputusan peperiksaan juga menimbulkan kontroversi terhadap dasar PPSMI itu sendiri.

Namun apa yang penting 8 Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. Selamat tinggal PPSMI =).

Baca seterusnya..

Tonton Laskar Pelangi




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kami ingin kongsikan kepada semua warga guru mahupun bakal guru, anak-anak didik dan anak-anak semua satu filem wajib tonton yang sangat unik,bermotivasi dan memberi rangsangan kebahagian menuntut ilmu. Filem ini mendapat sambutan yang sangat menakjubkan di indonesia malah di negara-negara jiran.Tidak lain dan tidak bukan Laskar Pelangi. Bersama rakan-rakan kami meluangkan masa menonton filem Laskar Pelangi ini. Wah memang menakjubkan dan terkesan terutama kekuatan mental anak-anak miskin yang ingin belajar penuh keikhlasan. Watak lintang yang genius matematik, kawan-kawan yang sering memberi sokongan yang kuat serta guru yang melalui pelbagai cabaran terutama dalam menegakkan sekolah yang sangat banyak kekurangannya. Menyalurkan mesej yang kuat tentang kehidupan pendidikan ilmu yang sebenar =).

Baca seterusnya..

Selasa, 26 Mei 2009

indahnya iman





Baca seterusnya..

Selasa, 5 Mei 2009

Kamus Bergambar Baru





Kamus bergambar generasi baharu KBSR edisi ke-4 ini ,sangat sesuai untuk semua golongan murid baik peringkat rendah,menengah mahupun pelajar pengajian tinggi untuk menimba ilmu. Rujukan terbaik untuk kanak-kanak generasi baru terutama pembelajaran jawi dan bahasa arab. Menarik dengan pelbagai gambar,toipik baru, perbendaharaan kata sesuai, ilustrasi dan susunan kemas berwarna-warni. Lengkap dengan bahasa melayu-jawi-bahasa arab-bahasa inggeris. Jadi apalagi dapatkan segera kamus ini terbitan oxford fajar sdn.bhd.

Baca seterusnya..

Isnin, 27 April 2009

Weblog sebagai alat bantu murid

Melangkaui permulaan tahun 2009 kita akan mendapati ada sahaja sesuatu perkara berkembang dan popular. Sebelum ini rancangan realiti TV begitu popular sehinggakan tumbuh bagai cendawan selepas hujan, filem-filem seram yang berlambak di pawagam dan tidak lupa juga wabak penyakit yang kini sangat membimbangkan dunia kesihatan hari ini iaitu virus selesema Khinzir .
( Dalam pendidikan islam kita ada belajar tentang pengharaman haiwan ini, Waspada !! ).


Contoh Blog =)

Namun apa yang ingin dikongsikan disini ialah perkembangan weblog yang juga sangat bergerak aktif di alam internet. Kini terdapat berjuta pengguna diseluruh dunia menggunakan blog sebagai medium yang membantu mereka dari pelbagai penggunaan. Sebagai agen moral, guru memainkan peranan dalam menggunakan blog sebagai alat bantu murid samada dalam masalah pembelajaran, motivasi dan masalah akhlak. Blog mampu membantu murid menjadi aktif, berkembang bakat dan minat dalam setiap aktiviti pembelajaran yang kita janakan sendiri untuk mereka.


Ianya adalah perkara biasa di setiap rumah mempunyai komputer dan internet pada masakini. Maka dengan penggunaan blog murid diluar waktu persekolahan menjadikan blog guru sebagai rujukan samaada bahan pembelajaran, motivasi dan buku media yang membangunkan minat murid tersebut. Disamping memberi maklumat yang berguna kepada murid blog juga mempersembahkan pertukaran idea dan bahan daripada satu subjek kepada subjek yang lain bagi memperkembangkan corak pemikiran murid.

Tidak adil bagi murid yang tidak mempunyai komputer dan internet di rumah, maka guru memainkan peranan membawa murid ke makmal komputer melayari pembelajaran bermakna dibantu oleh blog yang direka. Kreativiti guru sangat perlu untuk memberi penglibatan penuh kepada setiap murid. Bagi murid yang berada diluar bandar dan tidak mempunyai kemudahan tertentu tidak salah memberi pengenalan kepada mereka tentang weblog, kaitan pengajaran dan pembelajaran kita seterusnya membawa mereka melawat dan menggunakan sendiri alat bantu ini. Jadi sama-samalah kita manfaatkan segala curahan ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Baca seterusnya..

Khamis, 23 April 2009

Video Pilihan =)

video

Baca seterusnya..

Contoh RPH Pendidikan Islam

tingkatan : tiga

masa : 40 minit

tajuk : ibadah zakat harta

objektif pengajaran :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat :

· Menyatakan kewajipan menunaikan zakat harta

· Membanding beza antara zakat, sedekah dan cukai

· Menyenaraikan syarat-syarat wajib zkat harta benda

· Menerangkan jenis-jenis zakat harta yang diwajibkan zakat

· Menghuraikan hikmah zakat harta


fokus

pemahaman

· Murid mengetahui maksud zakat harta

penghayatan

· Murid memehami kesusahan orang yang memerlukan bantuan

pembudayaan

· Murid sentiasa merasai pentingnya hubungan manusia antara satu sama lain dan sikap tolong menolong serta mengeluarkan zakat apabila cukup harta

prinsip islam hadhari

· Pembudayaan ekonomi seimbang dan komprehensif

· Keutuhan budaya dan moral

pengetahuan sedia ada

· Murid pernah mengikuti ahli keluarganya pergi membayar zakat



Inginkan Lampiran Penuh klik link ini http://docs.google.com/Doc?id=dc6zd9w5_35f8hkbhc5

·

Baca seterusnya..

Jom Kongsi Nasihat =)



Nasihat-nasihat nie sangat baik untuk kita amalkan, kami petik buah yang ranum dan sangat baik untuk kesihatan ini daripada Imam Syafie iaitu ulama yang sangat berpengaruh dan popular digelar dengan gelaran " Imam Mazhab".

" Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh "

1. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu =) .

2. Mengajar adalah belajar =) .

3. Bersedekahlah mengikut kemampuanmu dan jangan kamu jadikan keluargamu hina dan miskin =) .

4. Jangan kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah s.w.t. =) .

5. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat =) .

Baca seterusnya..

Selasa, 21 April 2009

Semanis Amalan Secantik Ibadah


Keluarga Bahagia


Nilai Moral : Setiap perkara yang kita lakukan adalah ibadah,
dan setiap ibadah adalah ikhlas kerana Allah S.W.T,
senyumlah dengan keimanan kerana setiap sedekah
adalah kesyukuran yang nilainya sangat berharga.
Semoga setiap perkara yang kita lakukan adalah ibadah
yang manis dan cantik diberkati oleh Allah s.w.t
hatta sekecil zarah dan setiap detik amalan kita.
Semoga dimakbulkan, ingatan untuk diri ini dan semua.

Baca seterusnya..

Buku Fikir dan Zikir - Sidek Baba

Assalamualaikum kawan-kawan, disini ingin kami kongsikan bersama buku baru yang dikarang oleh Prof. Sidek Baba bertajuk fikir dan zikir. Buku ini menghuraikan cara kita berfikir yang bertunjangkan islam sebagai landasannya. Pemikiran berasaskan barat banyak menghubungkan akal atau minda dengan asas-asas yang rasional, logik, kritikal, analitis dan strategik berdasarkan pendekatan empiris. Pemikiran yang berteraskan islam menghubungkan apa yang difikirkan dengan nilai dan etika dan apa yang sangat penting adalah pemikiran yang berasaskan Al-Quran sebagai petunjuk. Buku ini mengambil pendekatan yang sederhana iaitu tidak terlalu ilmiah agar mudah untuk kita fahami dan santai untuk pembaca umum. Ianya keluaran 2009 oleh DBP. Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang dapatkan buku ini dipasaran.

Baca seterusnya..

Jumaat, 17 April 2009

Microsoft PowerPoint, Multimedia dan Pendidikan islam.

Penggunaan alat-alat elektronik bukanlah suatu perkara baru dalam bidang pendidikan. Perkembangan terbaru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama sekali teknologi multimedia memberi nafas baru kepada penggunaan komputer dalam bidang Pendidikan Islam. Pelbagai perisian berbentuk multimedia telah dicipta untuk merealisasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih bermakna dan berkesan. Antara perisian multimedia yang popular dalam pendidikan islam ialah perisian Microsoft Powerpoint. Hakikatnya Microsoft Powerpoint dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Pendidikan Islam pada masa kini menjadi salah satu medium terpenting kepada guru dan murid meningkatkan keberkesanan kefahaman murid[1].

Sejak tahun 1986, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek-projek rintis untuk mengkaji kesesuaian dan keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya Pendidikan Islam. Ini adalah sesuai dengan Falsafah pendidikan Negara menggariskan pendidikan sebagai usaha yang berterusan untuk mengembangkan sahsiah individu. Sumbangan multimedia perisisn Microsoft powerpoint telah banyak membantu guru dan murid dalam urusan seharian yang merangkumi pelbagai pemahaman terhadap praktikal ibadah, akhlak, dan sirah sebagaimana yang di tuntut dalam pendidikan keagamaan itu sendiri.

Umumnya pendidikan islam tidak ketinggalan dalam menyediakan peluang pengajaran dan pembelajaran yang bermakna terhadap murid untuk belajar secara bestari berasaskan kaedah persembahan Microsoft Powerpoint[2]. Dan pada masa kini keberkesananya terbukti apabila ianya menjadi trend yang popular dalam system pendidikan Negara.



[1] Abdul Manaf Bohari.(2006). ICT dari perspektif professional, m/s 1.

[2] Abdul Manaf Bohari.(2006). ICT dari perspektif professional, m/s 352.

Baca seterusnya..

Jumaat, 3 April 2009

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

HARI : RABU

TARIKH : 09 APRIL 2008

TAJUK : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

KELAS : TINGKATAN 4 BESTARI

MASA : 9.00-9.40

BIL. MURID : 35 ORANG

HASIL PEMBELAJARAN : Selepas mempelajari pelajaran ini murid dapat

1. Menyatakan ciri-ciri mukmin berjaya.

2. Menjelaskan langkah-langkah menuju kejayaan .

3. Menghuraikan sumbangan mukmin yang berjaya .

4. Merumuskan hasil pembelajaran ciri-ciri mukmin berjaya.

KEMAHIRAN BERFIKIR :

1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

2. Mengambil contoh dan tauladan mukmin berjaya.

BAHAN BANTU MENGAJAR : Microsoft PowerPoint,Filem Slaid

Langkah/

masa

Isi kandungan

Aktiviti P&P

Catatan/ alat

Set induksi

(5 minit)

Menonton tayangan video tentang perjuangan Perdana Menteri Malaysia yang pertama hingga sekarang.

Guru bertanya kepada murid berdasarkan video yang ditayangkan.

Contoh : Apakah persamaan tokoh Perdana Menteri Negara kita dengan seseorang yang berjaya?

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

Filem slaid

Langkah 1

(10 minit)

Melihat slaid 1 Powerpoint tentang ciri-ciri mukmin berjaya.

Guru mengarahkan murid untuk menutup buku.

Guru bersoal jawab dengan murid :

Contoh: Siapakah yang murid paling sayang dan apakah yang perlu mereka ketahui tentang insan tersayang?

Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran.

Guru mengarahkan murid merujuk buku teks dan membaca semula ciri-ciri tersebut.

Guru mengarahkan murid memberi Contoh kisah benar seseorang yang berjaya.

Slaid Power point.

Langkah

(10 minit)

Langkah 3

(15 minit)

Melihat Slaid 2 Powerpoint tentang gamabar Angkasawan Malaysia ( Dr. Sheikh Muzafar )

Melihat slaid 3 Powerpoint tentang jasa dan pengorbanan tokoh yang berjaya dalam pelbagai lapangan bidang.

Guru bertanya kepada murid tentang kepentingan dan peranan mukmin berjaya.

Berdasarkan jawapan murid, guru menceritakan tentang kejayaan tokoh-tokoh pada masa dahulu yang banyak memberi sumbangan pada masa kini.

Slaid Power point

Slaid Power point

Guru menerangkan jasa dan sumbangan mukmin berjaya dalam 3 aspek utama.

Guru mengarahkan setiap murid membuat rumusan tentang jasa dan sumbangan mukmin yang berjaya dalam masa 5 minit dan menghantar rumusan tersebut kepada guru.

Guru memberi komen secara ringkas dan mengkehendaki murid memahami serta menghayati apakah erti sebenar mukmin yang berjaya.


Langkah 4 ( 5 Minit )

Menonton video karikatur islam terbaru yang bertajuk

“ Saladin ” yang menceritakan tentang kejayaan seorang tokoh membawa negaranya kearah kemajuan dan keintelektualan yang terkenal di dunia.

Guru mengaitkan sejarah dan tamadun yang di bawa oleh Saidina Umar Al-Khatab serta nilai-nilai murni yang mesti diteladani seterusnya dikaitkan dengan pembelajaran hari ini.

Guru menasihati dan memberi dorongan kepada murid agar mengamalkan ilmu yang dipelajari seterusnya menjadi seorang mukmin yang berjaya.

Filem Slaid

Penilaian pencapaian pelajar :

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Baca seterusnya..

Jumaat, 27 Mac 2009

Video Pilihan =)

video

Baca seterusnya..

Rabu, 25 Mac 2009

Pendidikan Islam Maya

menggunakan bahasa indonesia sebagai bahasa pengantar


Dunia IT mengalami paradigma hebat. Tahun ke tahun sentiasa muncul idea yang bernas dan luar biasa menerobos ilmu teknologi dengan asas tiori dan variasi pendidikan pengetahuan. Tidak ketinggalan pelajaran untuk kehidupan iaitu pendidikan islam berkembang seiring kepesatan globalisasi multimedia. Ianya sangat mengkagumkan semua pihak hatta membuktikan bahawa asas teknologi sememangnya adalah keaslian daripada orang islam itu sendiri. Kita melihat program Al-Quran dan Hadith mampu diprogramkan dengan teknologi, software kepelbagaian bacaan Qiraat, fatwa-fatwa ulama',waktu solat serta kamus pelbagai bahasa dan lain-lain semuanya digabungkan menjadi satu unit gajet mini. LamanWeb yang berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan aliran pemikiran dalam lapangan ilmu khususnya pendidikan islam. Setiap inci masaalah dalam agama islam cuba diselesaikan dan dikongsi ke seluruh dunia melalui internet secara langsung samada animasi mahupun realiti. Natijahnya menghasilkan pendidikan islam maya yang interaktif seterusnya relevan dalam pengajaran dan pembelajaran kehidupan. Animasi Upin & Ipin salah satu bukti kaedah pengajaran teknologi yang sangat baik dan berkesan =).

Baca seterusnya..

Khamis, 12 Mac 2009

Pelangi Kami


Dunia kami ibarat pelangi,
Dicipta cantik berwarna-warni,
Setiap warna punya makna,
Mewakili pelbagai sifat dan rupa,

Ada lebih dan ada kurang,
Namun tetap jadi pengajaran,
Memperbaiki segala lompang,
Dengan kepelbagaian keindahan,

Pelangi kami,
Bermula dari sepi,
Berjalan dengan sokongan,
Menelusuri titi pendidikan.



Baca seterusnya..

Rabu, 4 Mac 2009

Indahnya Ciptaan Tuhan


Baca seterusnya..

Khamis, 26 Februari 2009

Laman Web Berkaitan Pendidikan Islam

Seiring perkembangan dunia web masakini, laman pendidikan islam juga mampu diperolehi melalui enjin carian dengan mudah. Malah ianya sangat bermanfaat kepada kita sebagai warga pendidik merujuk, mempelajari seterusnya berbincang dalam memperkasakan ilmu pendidikan islam yang fleksibel.

Antara laman web yang hebat dan sangat bermanfaat untuk kita ialah :

1. www.anuar2u.com
2. www.gemaislam.net
3. www.zaharudin.net
4. www.hafizfirdaus.com
5. www.iluveislam.com
6. www.e-hadith.com
7. www.e-fatwa.com
8. www.e-motivasi.com
9. www.tutor.com
10. www.mypendidik.net


Terdapat banyak lagi laman web yang berkaitan dengan pendidikan islam khususnya dan kepada warga pendidik umumnya berfaedah untuk di manfaatkan. Jadi apalagi yang kita tunggu, marilah sama-sama kita meningkatkan segala pengetahuan demi kecemerlangan diri, agama, bangsa dan negara.

Baca seterusnya..

Rabu, 25 Februari 2009

Kenali Kami Di Dimensi Kasih



Proses globalisasi telah mendesak kami sebagai anak watan negara memeriahkan teknologi weblog untuk menjadikan medium pendidikan berkembang maju seiring keperluan masakini. Senario ini menuntut kepada kemajuan intelektual, komunikasi, idea-idea yang mapan serta kepimpinan berkesan. Inilah misi dan visi kami memberi sumbangan pandangan dan memperkasakan pendidikan melalui pemikiran kreatif dan kritis.

Kami di anggotai oleh 3 anak didik sarjana muda pendidikan islam universiti malaya, iaitu di ketuai oleh ustaz Azhar bin Bastani, ustaz Jesuvi bin Sahubin dan Ustaz Mohd.Hasanan b. Abd. Rahim. Objektif penubuhan blog Dimensi Kasih ini adalah membangunkan idea dan pandangan secara optimis tentang masa depan pendidikan islam, membentuk wawasan masa depan yang hebat dan menyediakan imej organisasi yang menyeronokkan khususnya dalam ruanglingkup pendidikan islam.

Marilah sama-sama kita memeriahkan blog ini untuk memulakan langkah ke hadapan, mencapai cita murni demi kecintaan kepada yg Haq, menyerlahkan kecemerlangan pendidikan seterusnya menyumbang kepada kegemilangan islam. Jom!!!! =)

Baca seterusnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online