Khamis, 16 Julai 2009

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah




Apa sudah jadi? Imej yang ditampilkan seorang yang bergelar ustaz tercalar akibat terlalu mengikut perasaan dan kemarahan. Akhbar hari ini memaparkan kes seorang ustaz yang menampar muridnya atas sebab ejekan nama di sekolah.

Berita harian : Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian

SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.

Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.

Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah.

"Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak.


Baca seterusnya..

Sabtu, 11 Julai 2009

Cerita Dari Seorang Murabbi


Hari itu saya dan rakan memulakan sesi semester baru seperti lazimnya sebelum ini. Cuma apa yang berbeza adalah subjek yang kami ambil untuk semester baru ini. Pensyarah menyampaikan isi pelajaran dan segala ilmu yang sesuai sebagai pembuka selera pada hari sesi tersebut. Ketika saya dan rakan menikmati ilmu yang disalurkan. Saya terpikat pada satu cerita yang disampaikan yang membuka minda,inspirasi,mata dan hati tentang sikap sebagai seorang guru.

Ceritanya begini,ada seorang murid disekolah yang hari-hari datang lewat ke sekolah. Walaupun hakikatnya atau logiknya murid tersebut mampu datang awal disebabkan sesi persekolahannya adalah petang. Lewatnya bukan 5 atau 10 minit tetapi sehingga 1 jam ke 2 jam.Akibat hari-hari murid tersebut datang lewat ke sekolah maka guru disiplin menghukum murid itu dengan hukuman rotan . Murid tersebut menerima dengan pasrah dan hari-hari yang dilalui di awal persekolahanya adalah hukuman rotan yang menanti.

Pada suatu hari yang bahagia, murid tersebut bersedia untuk dirotan oleh guru disiplin disebabkan lewat datang sekolah. Seorang guru baru menegur guru disiplin tersebut dengan berkata ' hari-hari cikgu rotan sampai naik jemu orang tengok, cikgu pernah tanya kenapa dia lewat datang sekolah hari-hari tak? '. Guru disiplin pun berfikir sejenak, sambil berkata pada diri jahilnya saya sampaikan tidak terfikir untuk bertanyakan sebabnya.

Lalu dengan hati yang lapang penuh hikmah, guru disiplin bertanyakan pada murid tersebut sebab kelewatannya datang sekolah selama ini. Murid tersebut dengan nada saya menceritakan bahawa baju sekolahnya hanya ada satu sahaja yang dikongsikan bersama abangnya yang bersekolah pada sidang pagi. Hari-hari dia terpaksa menunggu abangnya pulang dari sekolah untuk memakai baju sekolah tersebut pada sidang petang. Disebabkan itulah dia selalu datang lewat kesekolah.

Disinilah bermulanya inspirasi penubuhan skim bantuan ekonomi islam kepada murid-murid dan pelajar miskin seluruh sekolah. Apa yang kita nampak disini ialah sikap kita sebagai seorang guru perlulah bertindak bijak dengan berfikir dahulu sebelum bertindak. Masalah yang timbul ada sebabnya dan melalui sebab itu kita fikirkan jalan penyelesaiannya untuk dilaksanakan sebagai bantuan kepada penyelesaian tersebut.

Begitulah cerita yang sangat memikat hati kami dari seorang guru sebenar guru ataupun murabbi yang berjiwa kemanusiaan dan rasional keimanan kepada Allah s.w.t. Teringat kata-kata beliau kita sebagai guru membantu selesaikan masalah murid bukan menambah masalah mereka. Semoga kita sama-sama mengambil hikmah di sebalik cerita ini.

Kelas pada waktu itu diakhiri dengan doa dalam hati =).

Baca seterusnya..

Jumaat, 10 Julai 2009

Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-Spin)




Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-Spin) dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap pendidikan Islam di Malaysia.Kongres bertemakan "Rejuvenasi Pendidikan Memartabatkan Insan" yang akan berlangsung di Auditorium Muzium Shah Alam, bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kongres sehari itu diadakan pada 11julai dan berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 6.30 petang.

Ia akan dibentangkan oleh beberapa tokoh pendidikan antaranya, Profesor Dr Sidek Baba daripada Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIA); Profesor Tajul Ariffin (UKM) dan Datuk Dr Siddiq Fadzil (Kolej Darul Hikmah).

Lima kertas kerja tersebut ialah:

bullet button Pensekularan Sistem Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi - Satu Kajian.

bullet button Pendidikan Berintegratifkan Asas Pendidikan Islami.

bullet button Pendidikan Islam dan Halatuju Pembangunan Ummah - Kajian Indonesia.

bullet buttonSistem Pendidikan Islam di Sekolah, Satu Penilaian.

bullet buttonHalatuju Sistem Pendidikan Islam di Sekolah sebagai Enjin Pembentukan dan Pembangunan Insan.

Kongres ini bakal membawa suatu dimensi baru kepada falsafah pendidikan islam itu sendiri agar lebih berkesan dan seimbang dalam dunia pendidikan masakini. Ianya sangat menarik dan perlu diambil perhatian bagi menjadikan negara kita sebagai negara hebat dengan ketamadunan ilmu pendidikan dunia akhirat.

Baca seterusnya..

Khamis, 9 Julai 2009

Selamat tinggal PPSMI?




Berita hangat semalam dan hari ini tentang pemansuhan PPSMI ( Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ) yang akan dihentikan pada tahun 2012 akan datang. Walaupun bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir mempertikai keputusan tersebut.

Jelasnya PPSMI membawa banyak kelemahan dalam sistem pendidikan. Kesan yang ketara ialah penguasaan Matematik dan sains murid-murid yang semakin bermasaalah serta sukar untuk dikuasai sepenuhnya.Guru-guru juga ada yang menjadi seperti tikus melihat besi.

Meskipun dasar ini ada kebaikannya namun apabila dilihat dari segi kesan dan perlkasanaan, kajian menunjukkan banyak masaalah yang timbul. Penurunan keputusan peperiksaan juga menimbulkan kontroversi terhadap dasar PPSMI itu sendiri.

Namun apa yang penting 8 Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. Selamat tinggal PPSMI =).

Baca seterusnya..

Tonton Laskar Pelangi




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kami ingin kongsikan kepada semua warga guru mahupun bakal guru, anak-anak didik dan anak-anak semua satu filem wajib tonton yang sangat unik,bermotivasi dan memberi rangsangan kebahagian menuntut ilmu. Filem ini mendapat sambutan yang sangat menakjubkan di indonesia malah di negara-negara jiran.Tidak lain dan tidak bukan Laskar Pelangi. Bersama rakan-rakan kami meluangkan masa menonton filem Laskar Pelangi ini. Wah memang menakjubkan dan terkesan terutama kekuatan mental anak-anak miskin yang ingin belajar penuh keikhlasan. Watak lintang yang genius matematik, kawan-kawan yang sering memberi sokongan yang kuat serta guru yang melalui pelbagai cabaran terutama dalam menegakkan sekolah yang sangat banyak kekurangannya. Menyalurkan mesej yang kuat tentang kehidupan pendidikan ilmu yang sebenar =).

Baca seterusnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online