Photobucket

Khamis, 25 November 2010

Berbeza Realiti Latihan Mengajar


Assalamualaikum dan salam wibawa. Melihat kejayaan Malaysia mencapai sasaran/matlamat 9 pingat EMAS di Sukan Asia Guangzhou China, memberi gambaran baik tentang kesungguhan sukan tanah air kita meningkatkan mutu sukan negara. Skuad Hoki mencipta sejarah baru Imbang Penuhdengan merangkul pingat perak yang sebelum ini tidak pernah kita perolehi untuk negara disukan asia. Bagaimana pula mutu pendidikan Malaysia? Guru Malaysia? Tepuk dada tanya iman.Namun apa yang ingin dikongsikan disini ialah antara pengalaman kami ketika Latihan Mengajar di Salah Sebuah Sekolah Batu Kikir Negeri 9. Pengalaman yang berharga ini semestinya adalah titik permulaan berdepan dengan realiti yang sebenar walaupun hakikatnya tidak benar-benar 100% seperti guru hakiki mahupun guru super dan sebagainya.

Ditemukan dalam jadual untuk mengajar kelas yang sama,kami bertiga seperti tidak perasan akan adanya persamaan yang kami sendiri tidak rancang. Apa dia? ringkasnya kami bertiga kebetulan satu pasukan mengendali blog DIMENSI KASIH dan kebetulan mengajar kelas LM yang sama.Tapi itulah hakikatnya kebetulan yang ada hikmahnya. Maaf terlalu meleret-leret, walaupun banyak persamaan namun hakikatnya tetap berbeza. Sememangnya berbeza ketika kami mengendalikan sesi Pengajaran Mikro dengan realiti latihan mengajar. Semasa sesi pengajaran mikro seolah-olah semuanya benar-benar terancang dan berkemahiran.Namun, Berdepan murid sebenar, barulah kena dengan apa yang kita kata sebagai berpijak dibumi yang nyata. Contohnya, set induksi yang kita yakin benar dalam sesi pengajaran mikro hanya 5 minit sudah mampu kita laksanakan, dan hasilnya ketika latihan mengajar memakan masa sehingga 10 minit ke atas. Jangan hairan,malah ada yang lebih daripada itu. Kenapa agaknya boleh berlaku? Salah satunya kerana murid yang kita ajar mempunyai kecerdasan dan kepandaian yang berbeza. Kedua tiada pengalaman walaupun tahu kemahiran, sebab itu perlunya latihan.

Kering,tidak cukup idea,kaku walaupun tidak bosan, masa meleset, seperti tidak sampai mesej pengajaran, semuanya akan kita lalui satu persatu. Maka inisiatif yang kami bincangkan adalah muhasabah gaya pengajaran sendiri, sesuaikan dengan tahap murid, masukkan jenaka yang sesuai, kreatif dengan teknik kait-mengait tanpa syok sendiri, betul-betul sampaikan apa yang ingin di ajar, padat dengan isi yang memudahkan murid faham, latihan yang kuat mental dan fizikal serta banyak lagi.Tulis macam senang, walaubagaimanapun cubalah aplikasi sedaya mungkin.

Menggunakan majalah sesuai,isu-isu semasa,global mahupun glokal. Pendek kata keluar dari kepompong kebosanan kepada kesukaan kepada diri dan murid. Teringat salah seorang kawan sampai kering bibir semasa mula-mula mengajar. Seorang lagi kena pikat dengan murid sendiri tidak tentu fasal, dan yang seorang pula buat berjenaka tapi respon hanya senyum seterusnya murid diam. Macam-macam boleh jadi menjadikan ianya berbeza ketika berdepan realiti sebenar =) . Tuntasnya, berpijaklah di bumi yang nyata dengan usaha keikhlasan yang sebenarnya. Manis dikecap dengan redha, Redha dikecap dengan sabar, Sabar dikecap dengan usaha, Usaha berbuah dikecap kejayaan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online