Photobucket

Selasa, 21 April 2009

Semanis Amalan Secantik Ibadah


Keluarga Bahagia


Nilai Moral : Setiap perkara yang kita lakukan adalah ibadah,
dan setiap ibadah adalah ikhlas kerana Allah S.W.T,
senyumlah dengan keimanan kerana setiap sedekah
adalah kesyukuran yang nilainya sangat berharga.
Semoga setiap perkara yang kita lakukan adalah ibadah
yang manis dan cantik diberkati oleh Allah s.w.t
hatta sekecil zarah dan setiap detik amalan kita.
Semoga dimakbulkan, ingatan untuk diri ini dan semua.

Baca seterusnya..

Buku Fikir dan Zikir - Sidek Baba

Assalamualaikum kawan-kawan, disini ingin kami kongsikan bersama buku baru yang dikarang oleh Prof. Sidek Baba bertajuk fikir dan zikir. Buku ini menghuraikan cara kita berfikir yang bertunjangkan islam sebagai landasannya. Pemikiran berasaskan barat banyak menghubungkan akal atau minda dengan asas-asas yang rasional, logik, kritikal, analitis dan strategik berdasarkan pendekatan empiris. Pemikiran yang berteraskan islam menghubungkan apa yang difikirkan dengan nilai dan etika dan apa yang sangat penting adalah pemikiran yang berasaskan Al-Quran sebagai petunjuk. Buku ini mengambil pendekatan yang sederhana iaitu tidak terlalu ilmiah agar mudah untuk kita fahami dan santai untuk pembaca umum. Ianya keluaran 2009 oleh DBP. Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang dapatkan buku ini dipasaran.

Baca seterusnya..

Jumaat, 17 April 2009

Microsoft PowerPoint, Multimedia dan Pendidikan islam.

Penggunaan alat-alat elektronik bukanlah suatu perkara baru dalam bidang pendidikan. Perkembangan terbaru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama sekali teknologi multimedia memberi nafas baru kepada penggunaan komputer dalam bidang Pendidikan Islam. Pelbagai perisian berbentuk multimedia telah dicipta untuk merealisasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih bermakna dan berkesan. Antara perisian multimedia yang popular dalam pendidikan islam ialah perisian Microsoft Powerpoint. Hakikatnya Microsoft Powerpoint dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Pendidikan Islam pada masa kini menjadi salah satu medium terpenting kepada guru dan murid meningkatkan keberkesanan kefahaman murid[1].

Sejak tahun 1986, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek-projek rintis untuk mengkaji kesesuaian dan keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya Pendidikan Islam. Ini adalah sesuai dengan Falsafah pendidikan Negara menggariskan pendidikan sebagai usaha yang berterusan untuk mengembangkan sahsiah individu. Sumbangan multimedia perisisn Microsoft powerpoint telah banyak membantu guru dan murid dalam urusan seharian yang merangkumi pelbagai pemahaman terhadap praktikal ibadah, akhlak, dan sirah sebagaimana yang di tuntut dalam pendidikan keagamaan itu sendiri.

Umumnya pendidikan islam tidak ketinggalan dalam menyediakan peluang pengajaran dan pembelajaran yang bermakna terhadap murid untuk belajar secara bestari berasaskan kaedah persembahan Microsoft Powerpoint[2]. Dan pada masa kini keberkesananya terbukti apabila ianya menjadi trend yang popular dalam system pendidikan Negara.



[1] Abdul Manaf Bohari.(2006). ICT dari perspektif professional, m/s 1.

[2] Abdul Manaf Bohari.(2006). ICT dari perspektif professional, m/s 352.

Baca seterusnya..

Jumaat, 3 April 2009

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

HARI : RABU

TARIKH : 09 APRIL 2008

TAJUK : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

KELAS : TINGKATAN 4 BESTARI

MASA : 9.00-9.40

BIL. MURID : 35 ORANG

HASIL PEMBELAJARAN : Selepas mempelajari pelajaran ini murid dapat

1. Menyatakan ciri-ciri mukmin berjaya.

2. Menjelaskan langkah-langkah menuju kejayaan .

3. Menghuraikan sumbangan mukmin yang berjaya .

4. Merumuskan hasil pembelajaran ciri-ciri mukmin berjaya.

KEMAHIRAN BERFIKIR :

1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

2. Mengambil contoh dan tauladan mukmin berjaya.

BAHAN BANTU MENGAJAR : Microsoft PowerPoint,Filem Slaid

Langkah/

masa

Isi kandungan

Aktiviti P&P

Catatan/ alat

Set induksi

(5 minit)

Menonton tayangan video tentang perjuangan Perdana Menteri Malaysia yang pertama hingga sekarang.

Guru bertanya kepada murid berdasarkan video yang ditayangkan.

Contoh : Apakah persamaan tokoh Perdana Menteri Negara kita dengan seseorang yang berjaya?

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

Filem slaid

Langkah 1

(10 minit)

Melihat slaid 1 Powerpoint tentang ciri-ciri mukmin berjaya.

Guru mengarahkan murid untuk menutup buku.

Guru bersoal jawab dengan murid :

Contoh: Siapakah yang murid paling sayang dan apakah yang perlu mereka ketahui tentang insan tersayang?

Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran.

Guru mengarahkan murid merujuk buku teks dan membaca semula ciri-ciri tersebut.

Guru mengarahkan murid memberi Contoh kisah benar seseorang yang berjaya.

Slaid Power point.

Langkah

(10 minit)

Langkah 3

(15 minit)

Melihat Slaid 2 Powerpoint tentang gamabar Angkasawan Malaysia ( Dr. Sheikh Muzafar )

Melihat slaid 3 Powerpoint tentang jasa dan pengorbanan tokoh yang berjaya dalam pelbagai lapangan bidang.

Guru bertanya kepada murid tentang kepentingan dan peranan mukmin berjaya.

Berdasarkan jawapan murid, guru menceritakan tentang kejayaan tokoh-tokoh pada masa dahulu yang banyak memberi sumbangan pada masa kini.

Slaid Power point

Slaid Power point

Guru menerangkan jasa dan sumbangan mukmin berjaya dalam 3 aspek utama.

Guru mengarahkan setiap murid membuat rumusan tentang jasa dan sumbangan mukmin yang berjaya dalam masa 5 minit dan menghantar rumusan tersebut kepada guru.

Guru memberi komen secara ringkas dan mengkehendaki murid memahami serta menghayati apakah erti sebenar mukmin yang berjaya.


Langkah 4 ( 5 Minit )

Menonton video karikatur islam terbaru yang bertajuk

“ Saladin ” yang menceritakan tentang kejayaan seorang tokoh membawa negaranya kearah kemajuan dan keintelektualan yang terkenal di dunia.

Guru mengaitkan sejarah dan tamadun yang di bawa oleh Saidina Umar Al-Khatab serta nilai-nilai murni yang mesti diteladani seterusnya dikaitkan dengan pembelajaran hari ini.

Guru menasihati dan memberi dorongan kepada murid agar mengamalkan ilmu yang dipelajari seterusnya menjadi seorang mukmin yang berjaya.

Filem Slaid

Penilaian pencapaian pelajar :

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Baca seterusnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online