Photobucket

Sabtu, 11 Julai 2009

Cerita Dari Seorang Murabbi


Hari itu saya dan rakan memulakan sesi semester baru seperti lazimnya sebelum ini. Cuma apa yang berbeza adalah subjek yang kami ambil untuk semester baru ini. Pensyarah menyampaikan isi pelajaran dan segala ilmu yang sesuai sebagai pembuka selera pada hari sesi tersebut. Ketika saya dan rakan menikmati ilmu yang disalurkan. Saya terpikat pada satu cerita yang disampaikan yang membuka minda,inspirasi,mata dan hati tentang sikap sebagai seorang guru.

Ceritanya begini,ada seorang murid disekolah yang hari-hari datang lewat ke sekolah. Walaupun hakikatnya atau logiknya murid tersebut mampu datang awal disebabkan sesi persekolahannya adalah petang. Lewatnya bukan 5 atau 10 minit tetapi sehingga 1 jam ke 2 jam.Akibat hari-hari murid tersebut datang lewat ke sekolah maka guru disiplin menghukum murid itu dengan hukuman rotan . Murid tersebut menerima dengan pasrah dan hari-hari yang dilalui di awal persekolahanya adalah hukuman rotan yang menanti.

Pada suatu hari yang bahagia, murid tersebut bersedia untuk dirotan oleh guru disiplin disebabkan lewat datang sekolah. Seorang guru baru menegur guru disiplin tersebut dengan berkata ' hari-hari cikgu rotan sampai naik jemu orang tengok, cikgu pernah tanya kenapa dia lewat datang sekolah hari-hari tak? '. Guru disiplin pun berfikir sejenak, sambil berkata pada diri jahilnya saya sampaikan tidak terfikir untuk bertanyakan sebabnya.

Lalu dengan hati yang lapang penuh hikmah, guru disiplin bertanyakan pada murid tersebut sebab kelewatannya datang sekolah selama ini. Murid tersebut dengan nada saya menceritakan bahawa baju sekolahnya hanya ada satu sahaja yang dikongsikan bersama abangnya yang bersekolah pada sidang pagi. Hari-hari dia terpaksa menunggu abangnya pulang dari sekolah untuk memakai baju sekolah tersebut pada sidang petang. Disebabkan itulah dia selalu datang lewat kesekolah.

Disinilah bermulanya inspirasi penubuhan skim bantuan ekonomi islam kepada murid-murid dan pelajar miskin seluruh sekolah. Apa yang kita nampak disini ialah sikap kita sebagai seorang guru perlulah bertindak bijak dengan berfikir dahulu sebelum bertindak. Masalah yang timbul ada sebabnya dan melalui sebab itu kita fikirkan jalan penyelesaiannya untuk dilaksanakan sebagai bantuan kepada penyelesaian tersebut.

Begitulah cerita yang sangat memikat hati kami dari seorang guru sebenar guru ataupun murabbi yang berjiwa kemanusiaan dan rasional keimanan kepada Allah s.w.t. Teringat kata-kata beliau kita sebagai guru membantu selesaikan masalah murid bukan menambah masalah mereka. Semoga kita sama-sama mengambil hikmah di sebalik cerita ini.

Kelas pada waktu itu diakhiri dengan doa dalam hati =).

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online