Photobucket
Memaparkan catatan dengan label Bebas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bebas. Papar semua catatan

Khamis, 25 November 2010

Hari Konvokesyen Kami DK UM 2010




Antara Kenangan Konvokesyen Kami UM 2010
Sabtu 7 Ogos 2010

Baca seterusnya..

Berbeza Realiti Latihan Mengajar


Assalamualaikum dan salam wibawa. Melihat kejayaan Malaysia mencapai sasaran/matlamat 9 pingat EMAS di Sukan Asia Guangzhou China, memberi gambaran baik tentang kesungguhan sukan tanah air kita meningkatkan mutu sukan negara. Skuad Hoki mencipta sejarah baru Imbang Penuhdengan merangkul pingat perak yang sebelum ini tidak pernah kita perolehi untuk negara disukan asia. Bagaimana pula mutu pendidikan Malaysia? Guru Malaysia? Tepuk dada tanya iman.Namun apa yang ingin dikongsikan disini ialah antara pengalaman kami ketika Latihan Mengajar di Salah Sebuah Sekolah Batu Kikir Negeri 9. Pengalaman yang berharga ini semestinya adalah titik permulaan berdepan dengan realiti yang sebenar walaupun hakikatnya tidak benar-benar 100% seperti guru hakiki mahupun guru super dan sebagainya.

Ditemukan dalam jadual untuk mengajar kelas yang sama,kami bertiga seperti tidak perasan akan adanya persamaan yang kami sendiri tidak rancang. Apa dia? ringkasnya kami bertiga kebetulan satu pasukan mengendali blog DIMENSI KASIH dan kebetulan mengajar kelas LM yang sama.Tapi itulah hakikatnya kebetulan yang ada hikmahnya. Maaf terlalu meleret-leret, walaupun banyak persamaan namun hakikatnya tetap berbeza. Sememangnya berbeza ketika kami mengendalikan sesi Pengajaran Mikro dengan realiti latihan mengajar. Semasa sesi pengajaran mikro seolah-olah semuanya benar-benar terancang dan berkemahiran.Namun, Berdepan murid sebenar, barulah kena dengan apa yang kita kata sebagai berpijak dibumi yang nyata. Contohnya, set induksi yang kita yakin benar dalam sesi pengajaran mikro hanya 5 minit sudah mampu kita laksanakan, dan hasilnya ketika latihan mengajar memakan masa sehingga 10 minit ke atas. Jangan hairan,malah ada yang lebih daripada itu. Kenapa agaknya boleh berlaku? Salah satunya kerana murid yang kita ajar mempunyai kecerdasan dan kepandaian yang berbeza. Kedua tiada pengalaman walaupun tahu kemahiran, sebab itu perlunya latihan.

Kering,tidak cukup idea,kaku walaupun tidak bosan, masa meleset, seperti tidak sampai mesej pengajaran, semuanya akan kita lalui satu persatu. Maka inisiatif yang kami bincangkan adalah muhasabah gaya pengajaran sendiri, sesuaikan dengan tahap murid, masukkan jenaka yang sesuai, kreatif dengan teknik kait-mengait tanpa syok sendiri, betul-betul sampaikan apa yang ingin di ajar, padat dengan isi yang memudahkan murid faham, latihan yang kuat mental dan fizikal serta banyak lagi.Tulis macam senang, walaubagaimanapun cubalah aplikasi sedaya mungkin.

Menggunakan majalah sesuai,isu-isu semasa,global mahupun glokal. Pendek kata keluar dari kepompong kebosanan kepada kesukaan kepada diri dan murid. Teringat salah seorang kawan sampai kering bibir semasa mula-mula mengajar. Seorang lagi kena pikat dengan murid sendiri tidak tentu fasal, dan yang seorang pula buat berjenaka tapi respon hanya senyum seterusnya murid diam. Macam-macam boleh jadi menjadikan ianya berbeza ketika berdepan realiti sebenar =) . Tuntasnya, berpijaklah di bumi yang nyata dengan usaha keikhlasan yang sebenarnya. Manis dikecap dengan redha, Redha dikecap dengan sabar, Sabar dikecap dengan usaha, Usaha berbuah dikecap kejayaan.

Baca seterusnya..

Isnin, 8 November 2010

Salam Kemaafan Salam Keikhlasan


Menjejak kaki ke hujung-hujung tahun 2010 walaupun masih di awal november musim haji, Terasa kesyukuran yang tidak terhingga akan segala nikmat yang diberikan Allah swt. Pelbagai nikmat yang kita nikmati, pelbagai cabaran kita di uji dan segala-galanya adalah anugerah yang tidak mampu untuk kita pertikaikan dalam kehidupan. Salam kemaafan kerana agak terlalu lama blog ini menyepi walaupun pengunjung tidak putus-putus melawat laman blog yang serba kekurangan ini. Semoga doa kalian di makbulkan Allah swt, teringat kata-kata dalam majalah solusi isu 22 tentang Berdoa bukan untuk memberitahu Allah swt apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun ALLAH SWT sedia mengetahui. DOA adalah pengabdian daripada seorang hamba kepada TUHANNYA. Oleh itu sama-samalah kita sentiasa berdoa dengan yakin dan bersungguh-sungguh disertai amalan-amalan ibadah kesyukuran agar hari-hari mendatang membawa kebaikan untuk diri, masyarakat, bangsa dan negara. TAHNIAH di ucapkan kepada warga SMPIUM 06/07 yang telah berjaya menamatkan Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan jayanya semoga anugerah tersebut membawa kepada kesyukuran yang berterusan untuk masa depan generasi berilmu akan datang. Ingat !!! Jangan lupa bumi di pijak, ucaplah terima kasih kepada semua warga pendidik kita yang tidak jemu-jemu menongkah arus cabaran mengajar dan mendidik kita untuk dewasa. Perkuatkan antibodi ilmu kita untuk bersedia menjalani realiti kehidupan bermasyarakat di luar sana. Salam ikhlas salam kemaafan.

Baca seterusnya..

Khamis, 31 Disember 2009

Salam Hijrah Salam Tahun Baru 2010



Baru semalam kita merasakan nikmat dan rahmat ujian 2009. Kini kita melangkah setapak ke waktu dan dimensi masa 2010 mendepani perjalanan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Syukur kehadrat Tuhan Yang Maha Esa atas segala limpahan rezeki seperti keajaiban yang tidak pernah putus untuk seisi alam semesta. Semoga hari-hari yang kita lalui akan datang menjadi satu titik tolak kemajuan dan lebih baik dari semalam. Setiap kekurangan yang kita telah usahakan perlu berani untuk kita tangani dengan pembaikpulihan, kerana di setiap sudut perkara pasti ada kesenangan yang sangat mendalam makna sebaliknya. Usah malu melakukan kebaikan tapi malulah melakukan keburukan. Semoga di permudahkan segala urusan kita bersama. Berzikirlah sepuas hati kerana dengan mengingati Allah swt yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang hati minda pasti tenang. Salam Hijrah Salam Tahun Baru 2010 =) jangan pernah lupa jagalah Alam Sekitar.

Baca seterusnya..

Jumaat, 27 November 2009

Salam Aidiladha Salam Istimewa



Di kesempatan ini kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha salam kemaafan salam sesuci erti pengorbanan yang mulia. Firman Allah SWT dalam surah al Kausar ayat 2 Maksudnya " Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan Berkorbanlah", membawa kita memahami erti kasih sayang dan ketaatan kepada Yang Maha Pencipta tentang pengorbanan yang sangat dituntut dalam islam. Semoga Allah SWT memberkati kita semua =) . - Ikhlaskan Hati sepenuh kasih -

Baca seterusnya..

Sabtu, 19 September 2009

Salam Aidilfitri Yang Mulia




Asslamualaikum semua...
Di kesempatan ini kami mengucapkan Selamat Menyambut
Satu Lebaran Hari Raya Aidilfitri Mulia =) Semoga Ramadhan lalu
Memberi kita selaut keampunan,rahmat dan kekuatan ibadah saham
dunia dan akhirat..salam ukhwah =)

Baca seterusnya..

Jumaat, 21 Ogos 2009

Salam Ramadhan



Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Al-baqarah : 183)

Baca seterusnya..

Khamis, 13 Ogos 2009

Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri ( Rabbani )


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Ketika berita ini saya bersama rakan di luar dewan kuliah utama akademi pengajian islam sangat terkejut, seluruh rakyat Malaysia mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah semoga beliau ditempatkan dikalangan pencinta agama Allah swt.

Baca seterusnya..

Sabtu, 11 Julai 2009

Cerita Dari Seorang Murabbi


Hari itu saya dan rakan memulakan sesi semester baru seperti lazimnya sebelum ini. Cuma apa yang berbeza adalah subjek yang kami ambil untuk semester baru ini. Pensyarah menyampaikan isi pelajaran dan segala ilmu yang sesuai sebagai pembuka selera pada hari sesi tersebut. Ketika saya dan rakan menikmati ilmu yang disalurkan. Saya terpikat pada satu cerita yang disampaikan yang membuka minda,inspirasi,mata dan hati tentang sikap sebagai seorang guru.

Ceritanya begini,ada seorang murid disekolah yang hari-hari datang lewat ke sekolah. Walaupun hakikatnya atau logiknya murid tersebut mampu datang awal disebabkan sesi persekolahannya adalah petang. Lewatnya bukan 5 atau 10 minit tetapi sehingga 1 jam ke 2 jam.Akibat hari-hari murid tersebut datang lewat ke sekolah maka guru disiplin menghukum murid itu dengan hukuman rotan . Murid tersebut menerima dengan pasrah dan hari-hari yang dilalui di awal persekolahanya adalah hukuman rotan yang menanti.

Pada suatu hari yang bahagia, murid tersebut bersedia untuk dirotan oleh guru disiplin disebabkan lewat datang sekolah. Seorang guru baru menegur guru disiplin tersebut dengan berkata ' hari-hari cikgu rotan sampai naik jemu orang tengok, cikgu pernah tanya kenapa dia lewat datang sekolah hari-hari tak? '. Guru disiplin pun berfikir sejenak, sambil berkata pada diri jahilnya saya sampaikan tidak terfikir untuk bertanyakan sebabnya.

Lalu dengan hati yang lapang penuh hikmah, guru disiplin bertanyakan pada murid tersebut sebab kelewatannya datang sekolah selama ini. Murid tersebut dengan nada saya menceritakan bahawa baju sekolahnya hanya ada satu sahaja yang dikongsikan bersama abangnya yang bersekolah pada sidang pagi. Hari-hari dia terpaksa menunggu abangnya pulang dari sekolah untuk memakai baju sekolah tersebut pada sidang petang. Disebabkan itulah dia selalu datang lewat kesekolah.

Disinilah bermulanya inspirasi penubuhan skim bantuan ekonomi islam kepada murid-murid dan pelajar miskin seluruh sekolah. Apa yang kita nampak disini ialah sikap kita sebagai seorang guru perlulah bertindak bijak dengan berfikir dahulu sebelum bertindak. Masalah yang timbul ada sebabnya dan melalui sebab itu kita fikirkan jalan penyelesaiannya untuk dilaksanakan sebagai bantuan kepada penyelesaian tersebut.

Begitulah cerita yang sangat memikat hati kami dari seorang guru sebenar guru ataupun murabbi yang berjiwa kemanusiaan dan rasional keimanan kepada Allah s.w.t. Teringat kata-kata beliau kita sebagai guru membantu selesaikan masalah murid bukan menambah masalah mereka. Semoga kita sama-sama mengambil hikmah di sebalik cerita ini.

Kelas pada waktu itu diakhiri dengan doa dalam hati =).

Baca seterusnya..

Khamis, 9 Julai 2009

Selamat tinggal PPSMI?




Berita hangat semalam dan hari ini tentang pemansuhan PPSMI ( Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ) yang akan dihentikan pada tahun 2012 akan datang. Walaupun bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir mempertikai keputusan tersebut.

Jelasnya PPSMI membawa banyak kelemahan dalam sistem pendidikan. Kesan yang ketara ialah penguasaan Matematik dan sains murid-murid yang semakin bermasaalah serta sukar untuk dikuasai sepenuhnya.Guru-guru juga ada yang menjadi seperti tikus melihat besi.

Meskipun dasar ini ada kebaikannya namun apabila dilihat dari segi kesan dan perlkasanaan, kajian menunjukkan banyak masaalah yang timbul. Penurunan keputusan peperiksaan juga menimbulkan kontroversi terhadap dasar PPSMI itu sendiri.

Namun apa yang penting 8 Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. Selamat tinggal PPSMI =).

Baca seterusnya..

Tonton Laskar Pelangi




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kami ingin kongsikan kepada semua warga guru mahupun bakal guru, anak-anak didik dan anak-anak semua satu filem wajib tonton yang sangat unik,bermotivasi dan memberi rangsangan kebahagian menuntut ilmu. Filem ini mendapat sambutan yang sangat menakjubkan di indonesia malah di negara-negara jiran.Tidak lain dan tidak bukan Laskar Pelangi. Bersama rakan-rakan kami meluangkan masa menonton filem Laskar Pelangi ini. Wah memang menakjubkan dan terkesan terutama kekuatan mental anak-anak miskin yang ingin belajar penuh keikhlasan. Watak lintang yang genius matematik, kawan-kawan yang sering memberi sokongan yang kuat serta guru yang melalui pelbagai cabaran terutama dalam menegakkan sekolah yang sangat banyak kekurangannya. Menyalurkan mesej yang kuat tentang kehidupan pendidikan ilmu yang sebenar =).

Baca seterusnya..

Selasa, 5 Mei 2009

Kamus Bergambar Baru





Kamus bergambar generasi baharu KBSR edisi ke-4 ini ,sangat sesuai untuk semua golongan murid baik peringkat rendah,menengah mahupun pelajar pengajian tinggi untuk menimba ilmu. Rujukan terbaik untuk kanak-kanak generasi baru terutama pembelajaran jawi dan bahasa arab. Menarik dengan pelbagai gambar,toipik baru, perbendaharaan kata sesuai, ilustrasi dan susunan kemas berwarna-warni. Lengkap dengan bahasa melayu-jawi-bahasa arab-bahasa inggeris. Jadi apalagi dapatkan segera kamus ini terbitan oxford fajar sdn.bhd.

Baca seterusnya..

Khamis, 23 April 2009

Jom Kongsi Nasihat =)



Nasihat-nasihat nie sangat baik untuk kita amalkan, kami petik buah yang ranum dan sangat baik untuk kesihatan ini daripada Imam Syafie iaitu ulama yang sangat berpengaruh dan popular digelar dengan gelaran " Imam Mazhab".

" Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh "

1. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu =) .

2. Mengajar adalah belajar =) .

3. Bersedekahlah mengikut kemampuanmu dan jangan kamu jadikan keluargamu hina dan miskin =) .

4. Jangan kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah s.w.t. =) .

5. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat =) .

Baca seterusnya..

Selasa, 21 April 2009

Semanis Amalan Secantik Ibadah


Keluarga Bahagia


Nilai Moral : Setiap perkara yang kita lakukan adalah ibadah,
dan setiap ibadah adalah ikhlas kerana Allah S.W.T,
senyumlah dengan keimanan kerana setiap sedekah
adalah kesyukuran yang nilainya sangat berharga.
Semoga setiap perkara yang kita lakukan adalah ibadah
yang manis dan cantik diberkati oleh Allah s.w.t
hatta sekecil zarah dan setiap detik amalan kita.
Semoga dimakbulkan, ingatan untuk diri ini dan semua.

Baca seterusnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online