Isnin, 8 November 2010

Salam Kemaafan Salam Keikhlasan


Menjejak kaki ke hujung-hujung tahun 2010 walaupun masih di awal november musim haji, Terasa kesyukuran yang tidak terhingga akan segala nikmat yang diberikan Allah swt. Pelbagai nikmat yang kita nikmati, pelbagai cabaran kita di uji dan segala-galanya adalah anugerah yang tidak mampu untuk kita pertikaikan dalam kehidupan. Salam kemaafan kerana agak terlalu lama blog ini menyepi walaupun pengunjung tidak putus-putus melawat laman blog yang serba kekurangan ini. Semoga doa kalian di makbulkan Allah swt, teringat kata-kata dalam majalah solusi isu 22 tentang Berdoa bukan untuk memberitahu Allah swt apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun ALLAH SWT sedia mengetahui. DOA adalah pengabdian daripada seorang hamba kepada TUHANNYA. Oleh itu sama-samalah kita sentiasa berdoa dengan yakin dan bersungguh-sungguh disertai amalan-amalan ibadah kesyukuran agar hari-hari mendatang membawa kebaikan untuk diri, masyarakat, bangsa dan negara. TAHNIAH di ucapkan kepada warga SMPIUM 06/07 yang telah berjaya menamatkan Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan jayanya semoga anugerah tersebut membawa kepada kesyukuran yang berterusan untuk masa depan generasi berilmu akan datang. Ingat !!! Jangan lupa bumi di pijak, ucaplah terima kasih kepada semua warga pendidik kita yang tidak jemu-jemu menongkah arus cabaran mengajar dan mendidik kita untuk dewasa. Perkuatkan antibodi ilmu kita untuk bersedia menjalani realiti kehidupan bermasyarakat di luar sana. Salam ikhlas salam kemaafan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online