Photobucket
Memaparkan catatan dengan label Jom Kongsi ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom Kongsi ilmu. Papar semua catatan

Isnin, 8 November 2010

Salam Kemaafan Salam Keikhlasan


Menjejak kaki ke hujung-hujung tahun 2010 walaupun masih di awal november musim haji, Terasa kesyukuran yang tidak terhingga akan segala nikmat yang diberikan Allah swt. Pelbagai nikmat yang kita nikmati, pelbagai cabaran kita di uji dan segala-galanya adalah anugerah yang tidak mampu untuk kita pertikaikan dalam kehidupan. Salam kemaafan kerana agak terlalu lama blog ini menyepi walaupun pengunjung tidak putus-putus melawat laman blog yang serba kekurangan ini. Semoga doa kalian di makbulkan Allah swt, teringat kata-kata dalam majalah solusi isu 22 tentang Berdoa bukan untuk memberitahu Allah swt apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun ALLAH SWT sedia mengetahui. DOA adalah pengabdian daripada seorang hamba kepada TUHANNYA. Oleh itu sama-samalah kita sentiasa berdoa dengan yakin dan bersungguh-sungguh disertai amalan-amalan ibadah kesyukuran agar hari-hari mendatang membawa kebaikan untuk diri, masyarakat, bangsa dan negara. TAHNIAH di ucapkan kepada warga SMPIUM 06/07 yang telah berjaya menamatkan Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan jayanya semoga anugerah tersebut membawa kepada kesyukuran yang berterusan untuk masa depan generasi berilmu akan datang. Ingat !!! Jangan lupa bumi di pijak, ucaplah terima kasih kepada semua warga pendidik kita yang tidak jemu-jemu menongkah arus cabaran mengajar dan mendidik kita untuk dewasa. Perkuatkan antibodi ilmu kita untuk bersedia menjalani realiti kehidupan bermasyarakat di luar sana. Salam ikhlas salam kemaafan.

Baca seterusnya..

Khamis, 31 Disember 2009

Salam Hijrah Salam Tahun Baru 2010



Baru semalam kita merasakan nikmat dan rahmat ujian 2009. Kini kita melangkah setapak ke waktu dan dimensi masa 2010 mendepani perjalanan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Syukur kehadrat Tuhan Yang Maha Esa atas segala limpahan rezeki seperti keajaiban yang tidak pernah putus untuk seisi alam semesta. Semoga hari-hari yang kita lalui akan datang menjadi satu titik tolak kemajuan dan lebih baik dari semalam. Setiap kekurangan yang kita telah usahakan perlu berani untuk kita tangani dengan pembaikpulihan, kerana di setiap sudut perkara pasti ada kesenangan yang sangat mendalam makna sebaliknya. Usah malu melakukan kebaikan tapi malulah melakukan keburukan. Semoga di permudahkan segala urusan kita bersama. Berzikirlah sepuas hati kerana dengan mengingati Allah swt yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang hati minda pasti tenang. Salam Hijrah Salam Tahun Baru 2010 =) jangan pernah lupa jagalah Alam Sekitar.

Baca seterusnya..

Selasa, 21 April 2009

Buku Fikir dan Zikir - Sidek Baba

Assalamualaikum kawan-kawan, disini ingin kami kongsikan bersama buku baru yang dikarang oleh Prof. Sidek Baba bertajuk fikir dan zikir. Buku ini menghuraikan cara kita berfikir yang bertunjangkan islam sebagai landasannya. Pemikiran berasaskan barat banyak menghubungkan akal atau minda dengan asas-asas yang rasional, logik, kritikal, analitis dan strategik berdasarkan pendekatan empiris. Pemikiran yang berteraskan islam menghubungkan apa yang difikirkan dengan nilai dan etika dan apa yang sangat penting adalah pemikiran yang berasaskan Al-Quran sebagai petunjuk. Buku ini mengambil pendekatan yang sederhana iaitu tidak terlalu ilmiah agar mudah untuk kita fahami dan santai untuk pembaca umum. Ianya keluaran 2009 oleh DBP. Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang dapatkan buku ini dipasaran.

Baca seterusnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online