Isnin, 27 April 2009

Weblog sebagai alat bantu murid

Melangkaui permulaan tahun 2009 kita akan mendapati ada sahaja sesuatu perkara berkembang dan popular. Sebelum ini rancangan realiti TV begitu popular sehinggakan tumbuh bagai cendawan selepas hujan, filem-filem seram yang berlambak di pawagam dan tidak lupa juga wabak penyakit yang kini sangat membimbangkan dunia kesihatan hari ini iaitu virus selesema Khinzir .
( Dalam pendidikan islam kita ada belajar tentang pengharaman haiwan ini, Waspada !! ).


Contoh Blog =)

Namun apa yang ingin dikongsikan disini ialah perkembangan weblog yang juga sangat bergerak aktif di alam internet. Kini terdapat berjuta pengguna diseluruh dunia menggunakan blog sebagai medium yang membantu mereka dari pelbagai penggunaan. Sebagai agen moral, guru memainkan peranan dalam menggunakan blog sebagai alat bantu murid samada dalam masalah pembelajaran, motivasi dan masalah akhlak. Blog mampu membantu murid menjadi aktif, berkembang bakat dan minat dalam setiap aktiviti pembelajaran yang kita janakan sendiri untuk mereka.


Ianya adalah perkara biasa di setiap rumah mempunyai komputer dan internet pada masakini. Maka dengan penggunaan blog murid diluar waktu persekolahan menjadikan blog guru sebagai rujukan samaada bahan pembelajaran, motivasi dan buku media yang membangunkan minat murid tersebut. Disamping memberi maklumat yang berguna kepada murid blog juga mempersembahkan pertukaran idea dan bahan daripada satu subjek kepada subjek yang lain bagi memperkembangkan corak pemikiran murid.

Tidak adil bagi murid yang tidak mempunyai komputer dan internet di rumah, maka guru memainkan peranan membawa murid ke makmal komputer melayari pembelajaran bermakna dibantu oleh blog yang direka. Kreativiti guru sangat perlu untuk memberi penglibatan penuh kepada setiap murid. Bagi murid yang berada diluar bandar dan tidak mempunyai kemudahan tertentu tidak salah memberi pengenalan kepada mereka tentang weblog, kaitan pengajaran dan pembelajaran kita seterusnya membawa mereka melawat dan menggunakan sendiri alat bantu ini. Jadi sama-samalah kita manfaatkan segala curahan ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online