( Dalam pendidikan islam kita ada belajar tentang pengharaman haiwan ini, Waspada !! ).
** Berbuatlah Sebanyak-banyaknya amal soleh kebaikan dunia dan akhirat **
Dicatat oleh Nurelsyams2us di 9:41 PTG 0 ulasan
Label: Pendidikan Islam
tingkatan : tiga
masa : 40 minit
tajuk : ibadah zakat harta
objektif pengajaran :
Di akhir pembelajaran pelajar dapat :
· Menyatakan kewajipan menunaikan zakat harta
· Membanding beza antara zakat, sedekah dan cukai
· Menyenaraikan syarat-syarat wajib zkat harta benda
· Menerangkan jenis-jenis zakat harta yang diwajibkan zakat
· Menghuraikan hikmah zakat harta
fokus
pemahaman
· Murid mengetahui maksud zakat harta
penghayatan
· Murid memehami kesusahan orang yang memerlukan bantuan
pembudayaan
· Murid sentiasa merasai pentingnya hubungan manusia antara satu sama lain dan sikap tolong menolong serta mengeluarkan zakat apabila cukup harta
prinsip islam hadhari
· Pembudayaan ekonomi seimbang dan komprehensif
· Keutuhan budaya dan moral
pengetahuan sedia
· Murid pernah mengikuti ahli keluarganya pergi membayar zakat
·
Dicatat oleh Nurelsyams2us di 10:36 PG 0 ulasan
Label: Pendidikan Islam
Nasihat-nasihat nie sangat baik untuk kita amalkan, kami petik buah yang ranum dan sangat baik untuk kesihatan ini daripada Imam Syafie iaitu ulama yang sangat berpengaruh dan popular digelar dengan gelaran " Imam Mazhab".
" Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh "
1. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu =) .
2. Mengajar adalah belajar =) .
3. Bersedekahlah mengikut kemampuanmu dan jangan kamu jadikan keluargamu hina dan miskin =) .
4. Jangan kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah s.w.t. =) .
5. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat =) .
Assalamualaikum kawan-kawan, disini ingin kami kongsikan bersama buku baru yang dikarang oleh Prof. Sidek Baba bertajuk fikir dan zikir. Buku ini menghuraikan cara kita berfikir yang bertunjangkan islam sebagai landasannya. Pemikiran berasaskan barat banyak menghubungkan akal atau minda dengan asas-asas yang rasional, logik, kritikal, analitis dan strategik berdasarkan pendekatan empiris. Pemikiran yang berteraskan islam menghubungkan apa yang difikirkan dengan nilai dan etika dan apa yang sangat penting adalah pemikiran yang berasaskan Al-Quran sebagai petunjuk. Buku ini mengambil pendekatan yang sederhana iaitu tidak terlalu ilmiah agar mudah untuk kita fahami dan santai untuk pembaca umum. Ianya keluaran 2009 oleh DBP. Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang dapatkan buku ini dipasaran.
Baca seterusnya..Dicatat oleh Nurelsyams2us di 5:39 PG 0 ulasan
Label: Jom Kongsi ilmu
Penggunaan alat-alat elektronik bukanlah suatu perkara baru dalam bidang pendidikan. Perkembangan terbaru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama sekali teknologi multimedia memberi nafas baru kepada penggunaan komputer dalam bidang Pendidikan Islam. Pelbagai perisian berbentuk multimedia telah dicipta untuk merealisasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih bermakna dan berkesan. Antara perisian multimedia yang popular dalam pendidikan islam ialah perisian Microsoft Powerpoint. Hakikatnya Microsoft Powerpoint dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Pendidikan Islam pada masa kini menjadi salah satu medium terpenting kepada guru dan murid meningkatkan keberkesanan kefahaman murid[1].
Sejak tahun 1986, Kementerian Pendidikan
Umumnya pendidikan islam tidak ketinggalan dalam menyediakan peluang pengajaran dan pembelajaran yang bermakna terhadap murid untuk belajar secara bestari berasaskan kaedah persembahan Microsoft Powerpoint[2]. Dan pada masa kini keberkesananya terbukti apabila ianya menjadi trend yang popular dalam system pendidikan Negara.
[1] Abdul Manaf Bohari.(2006). ICT dari perspektif professional, m/s 1.
[2] Abdul Manaf Bohari.(2006). ICT dari perspektif professional, m/s 352.
Dicatat oleh Nurelsyams2us di 6:30 PTG 0 ulasan
Label: Pendidikan Islam
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM
HARI : RABU
TARIKH : 09 APRIL 2008
TAJUK : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA
KELAS : TINGKATAN 4 BESTARI
MASA : 9.00-9.40
BIL. MURID : 35 ORANG
HASIL PEMBELAJARAN : Selepas mempelajari pelajaran ini murid dapat
1. Menyatakan ciri-ciri mukmin berjaya.
2. Menjelaskan langkah-langkah menuju kejayaan .
3. Menghuraikan sumbangan mukmin yang berjaya .
4. Merumuskan hasil pembelajaran ciri-ciri mukmin berjaya.
KEMAHIRAN BERFIKIR :
1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
2. Mengambil contoh dan tauladan mukmin berjaya.
BAHAN BANTU MENGAJAR : Microsoft PowerPoint,Filem Slaid
Langkah/ masa | Isi kandungan | Aktiviti P&P | Catatan/ alat |
Set induksi (5 minit) | Menonton tayangan video tentang perjuangan Perdana Menteri | Guru bertanya kepada murid berdasarkan video yang ditayangkan. Contoh : Apakah persamaan tokoh Perdana Menteri Negara kita dengan seseorang yang berjaya? Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran. | Filem slaid |
Langkah 1 (10 minit) | Melihat slaid 1 Powerpoint tentang ciri-ciri mukmin berjaya. | Guru mengarahkan murid untuk menutup buku. Guru bersoal jawab dengan murid : Contoh: Siapakah yang murid paling sayang dan apakah yang perlu mereka ketahui tentang insan tersayang? Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran. Guru mengarahkan murid merujuk buku teks dan membaca semula ciri-ciri tersebut. Guru mengarahkan murid memberi Contoh kisah benar seseorang yang berjaya. | Slaid Power point. |
Langkah (10 minit) Langkah 3 (15 minit) | Melihat Slaid 2 Powerpoint tentang gamabar Angkasawan Melihat slaid 3 Powerpoint tentang jasa dan pengorbanan tokoh yang berjaya dalam pelbagai lapangan bidang. | Guru bertanya kepada murid tentang kepentingan dan peranan mukmin berjaya. Berdasarkan jawapan murid, guru menceritakan tentang kejayaan tokoh-tokoh pada masa dahulu yang banyak memberi sumbangan pada masa kini. | Slaid Power point Slaid Power point |
Guru menerangkan jasa dan sumbangan mukmin berjaya dalam 3 aspek utama. Guru mengarahkan setiap murid membuat rumusan tentang jasa dan sumbangan mukmin yang berjaya dalam masa 5 minit dan menghantar rumusan tersebut kepada guru. Guru memberi komen secara ringkas dan mengkehendaki murid memahami serta menghayati apakah erti sebenar mukmin yang berjaya. |
Langkah 4 ( 5 Minit ) | Menonton video karikatur islam terbaru yang bertajuk “ Saladin ” yang menceritakan tentang kejayaan seorang tokoh membawa negaranya kearah kemajuan dan keintelektualan yang terkenal di dunia.
| Guru mengaitkan sejarah dan tamadun yang di bawa oleh Saidina Umar Al-Khatab serta nilai-nilai murni yang mesti diteladani seterusnya dikaitkan dengan pembelajaran hari ini. Guru menasihati dan memberi dorongan kepada murid agar mengamalkan ilmu yang dipelajari seterusnya menjadi seorang mukmin yang berjaya. | Filem Slaid |
Penilaian pencapaian pelajar :
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Baca seterusnya..Dicatat oleh Nurelsyams2us di 2:06 PG 0 ulasan
Label: Pendidikan Islam